Friday, January 18, 2013

Fara Fauzana Suka Bermadu


Siapa yang tidak kenal dengan penyampai radio yang popular Fara Fauzana kan? Sebut sahaja namanya pasti ramai di luar sana tahu,Fara yang juga dikenali dengan gelaran Fafau oleh peminatnya baru –baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untuk hidup bermadu.


Beliau juga berkata  jika dia sudah ditakdirkan untuk hidup berpoligami dia akan sertakan satu syarat iaitu isteri bakal suaminya itu harus meminangnya.Ini secara tak langsung bahawa kedua-dua pihak bersetuju dan tidak akan ada masalah ketika perkahwinannya nanti.

Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, juga berkata dia masih lagi mencari calon yang sesuai  dan bertanggungjawab untuk menjadi peneman hidupnya.
Kalau dah jodoh tak kemana bukan?Kita juga perlu berusaha untuk dapatkan yang terbaik.Apa-apa pun semoga Fara cepat bertemu dengan teman hidupnya.


Sumber:OhArtiS

No comments:

Post a Comment