Friday, January 18, 2013

Jozan Juara MAHARAJALAWAK MEGA 2013


Seperti yang dijangka sejak awal lagi, Maharaja Lawak Mega 2012 yang baru berakhir malam tadi menyaksikan Jozan menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2012 (#MLM2012) diikuti Jambu ditempat kedua, Shiro tempat ke-3, Boboi tempat ke-4 dan tempat ke-5 milik Say Who.
Kemenangan ini dilihat perkara biasa buat Jozan memandangkan populariti mereka mengalahkan semua perserta lain sejak dari awal pertandingan bermula. Sepah (atau Sepahtu) yang membuat keputusan untuk tidak menyertai MLM2012 kerana komitmen lain sememangnya memberi kesan kepada keseluruhan MLM kali ini. Ramai yang beranggapan, jika Sepah menyertai MLM2012 ini, mungkin ianya akan memberikan lebih cabaran kepada para peserta lain untuk beraksi lebih baik dari minggu ke minggu. Kemenangan Jozan sememangnya telah dijangka kerana dari awal MLM lagi, Jozan mendahului tangga pertama hasil dari undian penonton biarpun ada beberapa minggu persembahan Jozan amat mengecewakan (ketika Zizan berseorangan).
Apapun ianya telah berlalu, tahniah diucapkan kepada Jozan atas kemenangan Maharaja Lawak Mega musim kedua ini. Meskipun kesihatan Johan tidak mengizinkan tetapi Johan tetap hadir meneruskan perjuangan bersama Zizan yang pada mulanya dijangkakan beraksi seorang diri seperti minggu-minggu sebelum ini. Kemenangan ini pastinya menjadi hadiah paling bermakna untuk dirinya.
“Terima kasih kepada Zizan yang mengekalkan Jozan berada di atas sepanjang saya tiada dan terima kasih kepada Prince Court (Medical Centre) yang menjaga saya dan membenarkan saya keluar.”

erikut adalah senarai penuh kedudukan pemenang untuk MLM2012 (Musim kedua):
Juara: JOZAN menerima wang tunai RM500,000 dan trofi sumbangan Astro.
Naib Juara: JAMBU menerima wang tunai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro.
Tempat Ke-3: SHIRO menerima wang tunai RM150,000 dan trofi sumbangan Astro.
Tempat Ke-4: BOBOI menerima wang tunai RM50,000 dan trofi sumbangan Astro.
Tempat Ke-5: SAY WHO menerima wang tunai RM15,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Seperti biasa, rumah siap pahat berbunyi. Kemenangan Jozan ini mengundang ketidak-puasan hati ramai penonton yang sebenarnya lebih memilih Jambu dan Shiro untuk menjadi juara.
“dah dijangka dari awal dah..semua xleh lawan populiriti jozan…” – Wak Manap
“klo ikut usaha/lawak Jambu dari minggu 1-10 patut juara. Apakandaya kputusan da mmg d jangka Astro nk Jozan menang kali ni.. malu oii klh kali kedua.. dlu da klh ngan sepah..” – Ahmad Fawwaz
Lihat respon lain di Facebook kami. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan pemenang MLM2012 kali ini?

Fara Fauzana Suka Bermadu


Siapa yang tidak kenal dengan penyampai radio yang popular Fara Fauzana kan? Sebut sahaja namanya pasti ramai di luar sana tahu,Fara yang juga dikenali dengan gelaran Fafau oleh peminatnya baru –baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untuk hidup bermadu.


Beliau juga berkata  jika dia sudah ditakdirkan untuk hidup berpoligami dia akan sertakan satu syarat iaitu isteri bakal suaminya itu harus meminangnya.Ini secara tak langsung bahawa kedua-dua pihak bersetuju dan tidak akan ada masalah ketika perkahwinannya nanti.

Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, juga berkata dia masih lagi mencari calon yang sesuai  dan bertanggungjawab untuk menjadi peneman hidupnya.
Kalau dah jodoh tak kemana bukan?Kita juga perlu berusaha untuk dapatkan yang terbaik.Apa-apa pun semoga Fara cepat bertemu dengan teman hidupnya.


Sumber:OhArtiS